awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/06/2024
03:10 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6860/6930 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) dilihat menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6860/6930 berbanding dolar AS daripada 4.7050/7080 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks ISM untuk sektor pembuatan merosot di bawah paras 50 mata untuk bulan kedua berturut-turut kepada 48.7 mata pada Mei (April: 49.2).
"Penurunan itu membawa kepada hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dengan hasil untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun, masing-masing kepada 4.81 peratus dan 4.39 peratus.
"Dengan kemungkinan penurunan kadar yang semakin meningkat dan pasaran ke arah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 11-12 Jun, mungkin terdapat sokongan yang lebih baik untuk ringgit hari ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 5.1134/1210 daripada 5.1035/1068 pada Jumaat lepas, ia susut berbanding pound kepada 6.0037/0127 daripada 5.9876/9914, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.9962/3.0008 daripada 2.9901/9922 sebelum ini.
Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8071/8322 daripada 12.7860/7994 pada Jumaat lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4817/4871 daripada 3.4803/4828 sebelum ini.
Mata wang tempatan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 288.6/289.2 daripada 289.4/289.7 sebelum ini dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.98/8.01 daripada 8.03/8.05.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan