awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/06/2025
02:00 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dilihat rapuh susulan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump untuk melaksanakan dasar perdagangan yang disruptif. - Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dilihat rapuh susulan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump untuk melaksanakan dasar perdagangan yang disruptif.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2370/2640 berbanding dolar US daripada 4.2425/2485 pada Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal kukuh memandangkan ekonomi AS masih dilihat rapuh, menurut data tinjauan seperti Indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) AS dan Indeks Sentimen Pengguna.
"Data itu menunjukkan perniagaan dan pengguna telah menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka pada depan apabila pentadbiran Trump meneruskan agenda mereka mengenai dasar perdagangan yang dilihat tidak mesra dan mengganggu rantaian bekalan global," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, indeks dolar AS (DXY) meningkat kepada 99.2 daripada 98.9.
"Data buruh AS bertambah baik, memberi sokongan kepada dolar AS. Tawaran pekerjaan meningkat kepada 7.4 juta pada April, melebihi jangkaan sebanyak 7.1 juta.
"Pertumbuhan gaji dijangka terus mengatasi inflasi secara purata yang sepatutnya menyokong perbelanjaan pengguna dan momentum ekonomi lebih luas," katanya.
Mohd Sedek berkata, kejelasan lebih lanjut mengenai pasaran buruh AS akan diketahui menerusi laporan senarai gaji bukan ladang yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.9456/9646 daripada 2.9695/9739 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding euro kepada 4.8234/8541 daripada 4.8415/8484, menokok berbanding pound Britain kepada 5.7331/7696 daripada 5.7337/7418 sebelum itu.
Sementara itu, berbanding mata wang ASEAN, ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2868/3082 daripada 3.2967/3016 ketika ditutup pada Selasa dan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.9786/13.0777 daripada 13.0334/0603 sebelumnya.
Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.7/261.5 daripada 260.1/260.6 ketika ditutup semalam dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.66 daripada 7.61/7.63 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Ekonomi Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Indeks Institut Pengurusan Bekalan
#Indeks Sentimen Pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan