awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat dasar BNM

Bernama
Bernama
07/07/2025
01:40 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang mesyuarat dasar BNM
Berdasarkan ketidaktentuan tarif yang berterusan, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati antara RM4.22 dan RM4.23 hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu ini dengan jangkaan meningkat terhadap potensi penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), kata penganalisis.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2060/2320 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2260 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, OPR dijangka diturunkan sebanyak 25 mata asas berdasarkan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat berpotensi menjejaskan momentum pertumbuhan separuh kedua tahun ini.
"Oleh itu, terdapat justifikasi yang jelas untuk BNM menyokong pertumbuhan," katanya kepada Bernama.
Katanya, peniaga turut kekal berhati-hati terhadap dolar AS berikutan pelabur dan peniaga masih menantikan kejelasan menjelang tarikh akhir penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS), yang juga pada Rabu ini.
"Tumpuan akan tertumpu kepada tarikh akhir pada Rabu ini berkaitan tarif AS yang telah ditangguhkan selama 90 hari sejak 9 April lepas.
"Pada masa sama, negara anggota OPEC+ bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak mereka sebanyak 548,000 tong sehari pada Ogos 2025, menunjukkan komitmen pengeluar minyak untuk memulihkan bekalan minyak global," katanya.
Berdasarkan ketidaktentuan tarif yang berterusan, Mohd Afzanizam berkata, ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati antara RM4.22 dan RM4.23 hari ini.
"Ringgit meningkat sebanyak 0.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS minggu lepas, mencecah paras setinggi RM4.1980 pada 1 Julai," katanya.
Pada sesi pembukaan, ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9115/9297 daripada 2.9225/9282, mengukuh berbanding pound kepada 5.7412/7767 daripada 5.7601/7710 dan naik berbanding euro kepada 4.9542/9849 daripada 4.9675/9770.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding kebanyakan mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3006/3213 daripada 3.3114/3182, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9823/13.0730 daripada 13.0302/0609, menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 259.8/261.5 daripada 260.6/261.2 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.45/7.50 daripada 7.47/7.49 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Jawatankuasa Dasar Monetari
#Bank Negara Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan