KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada urus niaga pagi Jumaat dengan minat belian ke atas unit tempatan muncul kembali menjelang pembentangan Bajet 2022 petang ini, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.1445/1480 berbanding dolar AS daripada 4.1485/1520 penutupan petang Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata para peniaga menantikan pengumuman belanjawan petang ini kerana ia boleh menjadi faktor penentu kepada keyakinan mereka mengenai prestasi ringgit.
Pada awal Januari 2021, unit tempatan itu mencecah paras 4.00 berbanding dolar AS, menyusut ke paras rendah setakat tahun ini pada 4.24 pada pertengahan Ogos dan kembali pulih untuk diniagakan pada paras semasa antara 4.14 dan 4.19.
Beliau menambah ringgit nampak memberangsangkan pada masa ini selepas mencapai paras sokongan sebelumnya iaitu RM4.1498.
"Paras sokongan seterusnya ialah RM4.1203. Harga komoditi yang tinggi berserta data ekonomi yang positif mungkin telah membantu menyokong nilai ringgit.
"Namun begitu, kemungkinan munculnya kegiatan pengambilan untung kerana ringgit dilihat berada dalam kedudukan terlebih beli dari sudut teknikal," katanya kepada Bernama.
Beliau menambah dengan pembentangan Bajet 2022 lewat hari ini, indikator makroekonomi utama seperti defisit fiskal dan unjuran keluaran dalam negara kasar akan dipantau dengan lebih dekat.
"Umumnya, ringgit dilihat boleh terus meningkat," tambah beliau.
Sementara itu, pada pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.6499/6533 daripada 3.6493/6527 sebelumnya dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8428/8469 daripada 4.8094/8134 semalam.
Unit tempatan turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0835/0863 daripada 3.0778/0808 pada Khamis dan lega berbanding pound Britain kepada 5.7173/7222 daripada 5.7075/7123 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Pada 9 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.1445/1480 berbanding dolar AS.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.