KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan pagi ini meskipun data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang dikeluarkan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) bercampur-campur.
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6775/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6875 pada penutup Jumaat lepas.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata PMI Komposit EU lebih tinggi pada November 2023, meningkat 47.1 mata daripada 46.5 mata sebelumnya.
Di AS, PMI pula kekal pada 50.7 mata pada Nov 2023 disokong oleh peningkatan dalam sektor perkhidmatan, diikuti dengan sektor pembuatan.
"Walaupun indeks kelihatan semakin bertambah baik, kebanyakan tinjauan menunjukkan bahawa firma mengurangkan jumlah pekerja mereka untuk meminimumkan kos overhed," katanya kepada Bernama.
Bagi Malaysia, Mohd Afzanizam berkata indeks harga pengguna (CPI) terkini menyederhana kepada 1.8 peratus tahun ke tahun menunjukkan kadar faedah sebenar telah meningkat daripada hanya 0.2 peratus pada Mei 2023 kepada 1.2 peratus pada Oktober 2023 .
Oleh itu, dasar monetari menjadi terhad secara beransur-ansur, membayangkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) selanjutnya adalah tidak wajar, katanya.
"Memandangkan ini, ringgit berbanding dolar AS diunjur berada dalam julat RM4.67 hingga RM4.69 hari ini," katanya.
Pada awal dagangan, nilai ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro pada 5.1108/1152 daripada 5.1059/1108 Jumaat lalu, turun berbanding pound Britain kepada 5.8893/8943 daripada 5.8767/8823 dan rendah sedikit berbanding yen Jepun pada 3.1297/1326 daripada 3.1295/1327 sebelumnya.
Berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Mata wang tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.3/300.7 daripada 300.8/301.3 dan tinggi sedikit berbanding peso Filipina pada 8.44/8.45 daripada 8.45/8.46 akhir minggu lepas.
Namun begitu, ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4907/4940 daripada 3.4903/4940 dan rendah berbanding baht Thai pada 13.2357/2534 daripada 13.1949/2139 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6775/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6830/6875 pada penutup Jumaat lepas. -Gambar fail/Reuters
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu.