Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah kebimbangan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah tidak lama lagi.
Unit tempatan berada pada 4.2100/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2120/2180 yang direkodkan pada 6 petang Jumaat minggu lepas.
Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata BNM dijangka menurunkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) esok.
"Dan jangkaan pertumbuhan rendah bukan hanya pada suku pertama, tetapi juga dalam suku kedua serta impak daripada penularan COVID-19 dan ketidaktentuan politik memberi kesan ke atas struktur pertumbuhan ekonomi," katanya.
Beliau berkata banyak negara dan Malaysia akan terus bergelut daripada kesan penurunan permintaan dari China, gangguan dalam rantaian bekalan dan pelancongan di tengah-tengah tekanan penularan COVID-19.
"Penurunan kadar BNM esok mungkin akan membantu sentimen pasaran bersama dengan ringgit yang pada masa ini diniagakan sangat sensitif kepada prospek pertumbuhan," katanya.
Selain itu, beliau percaya pelabur asing mungkin sedikit sebanyak tidak lagi begitu peka kepada landskap politik selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.
Innes berkata pasaran juga menjangkakan Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada keputusan penurunan kadarnya yang akan datang.
Ringgit dibuka kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan itu turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0240/0280 daripada 3.0215/0269 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.9119/9177 daripada 3.8749/8815 sebelumnya.
Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.6550/6622 daripada 4.6517/6588 tetapi naik berbanding pound Britain kepada 5.3939/4011 daripada 5.4343/4438 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 02 2020
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini. -Gambar fail
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria