Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Seremban, Johan Setia catat IPU tertinggi setakat 11 pagi

Di Wilayah Persekutuan, Batu Muda di Kuala Lumpur dan Cheras masing-masing kekal pada bacaan 157 dan 112, manakala Putrajaya mencatatkan penurunan ketara sebanyak sembilan mata kepada 142 berbanding 151 pada jam terdahulu. -Gambar fail/Bernama
Di Wilayah Persekutuan, Batu Muda di Kuala Lumpur dan Cheras masing-masing kekal pada bacaan 157 dan 112, manakala Putrajaya mencatatkan penurunan ketara sebanyak sembilan mata kepada 142 berbanding 151 pada jam terdahulu. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Seramai 16 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 setakat jam 11 pagi ini.
  • Seremban dan Johan Setia merekodkan kualiti udara paling terjejas dengan bacaan IPU masing-masing 159, diikuti Klang dan Nilai pada 158.
  • Baki 52 stesen pemantauan IPU berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kemaman dan Kimanis merekodkan kualiti udara terbaik.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di beberapa wilayah utama negara dilaporkan stabil namun kekal pada tahap tidak sihat apabila 16 kawasan di seluruh negara masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 setakat jam 11 pagi ini.

Seremban di Negeri Sembilan dan Johan Setia di Selangor mencatatkan kualiti udara paling terjejas dengan masing-masing merekodkan bacaan IPU 159. Bacaan di Seremban meningkat satu mata berbanding jam 10 pagi, manakala Johan Setia kekal pada paras sama.

Mengikut data kualiti udara terkini, Klang di Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU 158, dengan Nilai meningkat satu mata berbanding sejam sebelumnya.

Di Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153 berbanding 154 pada jam sebelumnya, manakala Banting kekal pada paras 152.

Di Wilayah Persekutuan, Batu Muda di Kuala Lumpur dan Cheras masing-masing kekal pada bacaan 157 dan 112, manakala Putrajaya mencatatkan penurunan ketara sebanyak sembilan mata kepada 142 berbanding 151 pada jam terdahulu.

Bagi wilayah selatan, Batu Pahat di Johor meningkat satu mata kepada 152, manakala Tangkak meningkat dua mata kepada 146.

Di Melaka, Bandaraya Melaka mencatatkan penurunan daripada 132 kepada 128, manakala Alor Gajah meningkat tiga mata kepada 116 dan Bukit Rambai kekal pada paras 152.

Di Sarawak, Sri Aman kekal pada bacaan tidak sihat 152, manakala IPD Serian meningkat satu mata kepada 97 dan berada dalam kategori sederhana.

Sementara itu, Port Dickson di Negeri Sembilan kekal dalam kategori sederhana dengan bacaan 97, sama seperti Kluang di Johor dan IPD Serian di Sarawak.

Secara keseluruhan, baki 52 stesen pemantauan IPU di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik.

Kualiti udara terbaik direkodkan di Kemaman, Terengganu dengan bacaan 42, diikuti Kimanis, Sabah pada paras 46.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 setakat jam 11 pagi? 
    A: Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU melebihi 100 setakat jam 11 pagi.
  • Q: Kawasan manakah yang merekodkan kualiti udara paling terjejas? 
    A: Seremban di Negeri Sembilan dan Johan Setia di Selangor merekodkan kualiti udara paling terjejas dengan bacaan IPU 159.
  • Q: Apakah bacaan IPU tertinggi yang direkodkan di Wilayah Persekutuan? 
    A: Bacaan IPU tertinggi di Wilayah Persekutuan ialah 157 di Batu Muda, Kuala Lumpur.
  • Q: Bagaimanakah status kualiti udara di kawasan selatan dan Sarawak? 
    A: Di selatan, Batu Pahat di Johor mencatatkan IPU 152 dan Tangkak 146, manakala di Sarawak, Sri Aman kekal pada 152 dan IPD Serian pada 97 (kategori sederhana).
  • Q: Di manakah kualiti udara terbaik direkodkan setakat ini? 
    A: Kualiti udara terbaik direkodkan di Kemaman, Terengganu dengan bacaan IPU 42, diikuti Kimanis, Sabah pada paras 46.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement