KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar US untuk dibuka tinggi hari ini berikutan permintaan terhadap minyak global mengekalkan pemulihannya dengan harga minyak berlegar melebihi US$71 setong, kata peniaga.
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan itu menokok kepada 4.1190/1220 berbanding dolar US daripada 4.1240/1250 sewaktu ditutup pada Rabu.
Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 0.38 peratus kepada US$71.62 setong.
Peniaga berkata permintaan terhadap minyak global semakin baik pada musim panas ini, didorong oleh pemulihan COVID-19 yang berterusan di Amerika Syarikat (AS), China dan sebahagian Eropah berikutan vaksinasi yang dipercepatkan, mendorong lebih ramai rakyat untuk melakukan perjalanan.
Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran bergerak tanpa hala tuju yang jelas menjelang pengeluaran data pekerjaan bukan ladang ADP, sebagai gambaran awal senarai gaji bukan ladang dan Tuntutan Pengangguran Awal di AS.
"Pelabur juga akan memantau rapat data senarai gaji bukan ladang yang dijadualkan pada Jumaat, kerana secara keseluruhannya, empat penunjuk makro (termasuk Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan ISM) akan menawarkan pelabur gambaran yang lebih jelas mengenai kekuatan pemulihan ekonomi AS dan seterusnya akan memberi kesan kepada hala tuju dolar untuk beberapa minggu akan datang," katanya.
Sewaktu dibuka, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Berbanding dolar US, ringgit naik sedikit kepada 3.1148/1173 daripada 3.1153/1163 sewaktu ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.7558/7589 daripada 3.7565/7579.
Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0285/0321 daripada 5.0226/0238 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8370/8413 daripada 5.8322/8336.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Berbanding dolar US, ringgit naik sedikit kepada 3.1148/1173 daripada 3.1153/1163 sewaktu ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.7558/7589 daripada 3.7565/7579.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menurun pasaran niaga hadapan serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Kebimbangan mengenai ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang meningkat, menjejaskan sentimen pasaran getah Kuala Lumpur.
Pasaran getah ditutup tinggi dirangsang kenaikan berterusan niaga hadapan getah serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 28 Nov hingga 4 Dis ini.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.