Ringgit dijangka mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan susulan pemulihan sentimen terhadap unit tempatan berkenaan, kata seorang peniaga.
Naib Presiden/Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata asas-asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan peningkatan harga minyak mentah dan komoditi lain akan terus menyokong momentum ringgit.
"Data perdagangan China yang lebih baik dari segi peningkatan import boleh ditakrifkan sebagai pertambahan eksport Malaysia, sekaligus mendorong pemulihan ringgit," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim pada Jumaat berkata, impak penuh langkah-langkah yang dilaksanakan bank pusat dan Jawatankuasa Pasaran Kewangan pada Disember lepas bagi menstabilkan ringgit, dijangka dapat dilihat menjelang pertengahan 2017.
Menurutnya, antara langkah baharu yang dilaksanakan adalah menetapkan pengeksport menyimpan sehingga 25 peratus hasil perolehan eksport dalam mata wang asing dan baki 75 peratus dalam denominasi ringgit.
"Langkah lain termasuk membenarkan pemastautin, termasuk pengurus dana pemastautin untuk melindung nilai dedahan dolar AS dan renminbi China secara bebas dan aktif sehingga had RM6 juta bagi setiap pelanggan setiap bank," katanya.
Menurut Muhammad, jika perlu, BNM juga bersedia memperkenalkan langkah baharu bagi memperkukuhkan ringgit.
Bagi minggu yang baru berakhir ini, ringgit diniagakan lebih tinggi pada paras 4.4600/4640 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4740 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Ia juga tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4439/4497 daripada 5.5373/5428, sebelum ini.
Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding kebanyakan mata wang utama lainnya.
Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1243/1282 daripada 3.1176/1213 Jumaat lepas manakala susut berbanding yen kepada 3.8898/8949 daripada 3.8550/8586, minggu lepas.
Berbanding euro, ringgit turun kepada 4.7468/7524 daripada 4.7388/7438, Jumaat lepas. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 14 2017
Gabenor Bank Negara Malaysia pada Jumaat berkata, impak penuh langkah-langkah yang dilaksanakan bank pusat dan Jawatankuasa Pasaran Kewangan pada Disember lepas bagi menstabilkan ringgit, dijangka dapat dilihat menjelang pertengahan 2017.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Ringgit dijangka cecah paras 4.40 berbanding dolar AS minggu depan
Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata asas-asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan peningkatan harga minyak mentah dan komoditi lain akan terus menyokong momentum ringgit.