KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan pada aliran yang lebih agresif pada minggu depan tetapi di bawah RM4.40 dalam jajaran 4.3925 hingga 4.4175 berbanding dolar US, kata seorang penganalisis.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata memandangkan pasaran mula beralih daripada krisis perbankan Amerika Syarikat (AS), mata wang Asia sewajarnya menunjukkan prestasi yang baik terutama, dengan tanda-tanda bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengurangkan faedahnya menjelang hujung tahun ini.
Pertukaran asing Asia (FX) kekal bergantung kepada pertumbuhan China dan telah menyediakan ruang kelegaan semasa kemelut sistem perbankan barat baru-baru ini.
Pertumbuhan China yang mantap terus menyediakan rangsangan kepada ekonomi Malaysia yang berorientasikan eksport.
"Bagaimanapun, paras hasil yang lebih rendah berbanding mata wang pasaran sedang pesat membangun (EM) lain menjadikannya kurang menarik berbanding risiko lain yang lebih tinggi melainkan pertumbuhan China mula meningkat dengan teguh," kata Innes kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.
Pada suku kedua 2023, beliau menjangkakan persekitaran FX kekal tidak stabil berikutan penantian terhadap mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan Mei atau Jun, yang akan memberikan petunjuk jika Fed akan menangguhkan kenaikan kadar faedahnya.
"Selain itu, pasaran juga mahu melihat sama ada krisis perbankan benar-benar berakhir. Suku kedua 2023 akan menyaksikan persekitaran perdagangan yang amat tidak menentu," kata Afzanizam.
Sementara itu, MIDF Research dalam satu nota semalam berkata peningkatan aliran dalam ringgit mungkin berterusan pada purata yang lebih kukuh iaitu RM4.20 dan menjelang akhir tahun pada sekitar RM4.00 berbanding dolar US, disokong oleh ekonomi domestik yang memberangsangkan.
Ringgit berada dalam kedudukan yang baik untuk kekal sihat susulan momentum ekonomi domestik kekal positif serta memandangkan Malaysia merupakan pengeksport komoditi bersih petroleum mentah, gas asli cecair dan minyak sawit, ia akan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga komoditi global selain lebihan dagangan yang berterusan.
Secara mingguan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar US pada 4.4130/4175 daripada 4.4250/4305 yang direkodkan seminggu sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia lemah berbanding pound Britain pada 5.4580/4636 daripada 5.4034/4101 dan turun berbanding euro kepada 4.8036/8084 daripada 4.7476/7535, namun ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3083/3122 daripada 3.4099/4144.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.
Nota tempatan itu menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.3185/3224 daripada 3.3178/3225 pada minggu sebelumnya dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 294.20/294.70 daripada 291.90/292.50.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9031/9220 daripada 12.9610/9835 dan mantap berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.13 daripada 8.15/8.16 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Ringgit dijangka diniagakan pada aliran yang lebih agresif pada minggu depan tetapi di bawah RM4.40 dalam jajaran 4.3925 hingga 4.4175 berbanding dolar US, kata seorang penganalisis. -Gambar hiasan/Reuters

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Nilai ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6000/6050 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.6055/6100.

Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.5990/6030 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada paras 4.6110/6165.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Kejatuhan ringgit: "Baca laporan kewangan, ekonomi, bukan laporan Pas" - PM Anwar
Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia bukan berpunca daripada negara mempunyai seorang Menteri Kewangan yang tidak bekerja sepenuh masa.

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia - Forbes
Kekayaan terkumpul taikun 50 individu terkaya Malaysia dalam senarai Forbes 2022 meningkat kepada AS$81.6 bilion, daripada AS$80.5 bilion tahun lepas.

Krisis di AS jadi faktor penyusutan nilai ringgit - Rafizi
Mata wang ringgit dari Disember 2022 hingga awal Februari 2023 mencatatkan pergerakan kukuh dan selamat namun faktor luaran yang menyebabkan ia kembali susut, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Sentimen pelabur heret penyusutan ringgit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.

Tekanan terhadap ringgit diharap berkurangan selepas kemelut hutang AS selesai - Ahmad Maslan
Tekanan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar AS diharap akan berkurangan apabila isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) selesai dalam tempoh beberapa hari akan datang.