Ringgit dijangka meneruskan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan ketidaktentuan mata wang selamat, merangkumi dolar AS, telah mengalihkan minat pelabur kepada mata wang negara pesat membangun, termasuk ringgit.
Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, ringgit bergerak sekitar paras tertinggi dalam sebulan berbanding dolar AS minggu ini susulan keputusan Bank Negara Malaysia tidak menaikkan kadar faedah.
Beliau berkata, dolar AS juga terjejas susulan kenyataan kongres Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen awal minggu ini yang dianggap tidak seperti dijangka.
"Kita yakin dengan Bank Negara (Malaysia) yang memutuskan untuk mengekalkan OPR (kadar dasar semalaman) pada 3.00 peratus. Berdasarkan pengumuman itu, BNM mengekalkan OPR bagi 15 bulan berturut-turut, memberikan sokongan kepada ekonomi dan sentimen pasaran luas.
"Selain itu, Bank Negara (Malaysia) melihat kepada peningkatan menaik ekonomi domestik, khususnya apabila pertumbuhan global didapati semakin seiring, dipacu oleh aktiviti perindustrian dan dagangan global lebih tinggi," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.2860 dan 4.2960 berbanding dolar AS, dipengaruhi terutamanya oleh ucapan kongres Yellen pada Rabu, yang dilihat tidak memihak kepadakadar faedah tinggi seperti yang dijangka banyak pihak.
Prestasi mata wang tempatan turut disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif seperti dikeluarkan pada Jumaat lepas, yang menyaksikan perdagangan meningkat 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017, melonjak daripada RM116.6 bilion pada bulan yang sama setahun lepas.
Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan tinggi pada 4.2910/2940 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3000 minggu lepas.
Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali euro.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1210/1243 daripada 3.1088/1123 minggu lepas, lemah berbanding yen kepada 3.7886/7926 daripada 3.7799/7829, dan susut berbanding pound kepada 5.5624/5667 daripada 5.5466/5522.
Mata wang tempatan, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.8977/9016 daripada 4.9046/9085.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2017

Bagi minggu baru berakhir, ringgit bergerak antara 4.2860 dan 4.2960 berbanding dolar AS. - Foto REUTERS
Bangku ‘ET Block’ guna bahan terpakai bawa tuah kepada pelajar SMK St. Anthony
Bangku yang diperbuat daripada barangan terpakai dihasilkan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony dari Sarikei, Sarawak diumumkan sebagai tempat pertama pada pertandingan ‘DIY Made Simple’, sekali gus membawa pulang wang tunai RM4,000.
Empat terkorban, punca letupan belum diketahui
Sekurang-kurangnya empat individu terkorban dalam insiden letupan paip gas di Romania pada Khamis. Manakala lima individu dilaporkan cedera akibat kejadian.
Konflik India-Kanada: Kehadiran kakitangan Kanada ke India dinilai semula
Suruhanjaya Tinggi Kanada di India berkata pada Khamis bahawa ia telah memutuskan untuk mengatur sementara kehadiran kakitangan di negara itu selepas beberapa diplomat menerima ancaman di platform media sosial.
Beras Cukup: Rakyat Selangor tidak perlu panik - Amirudin
Stok Beras Putih Tempatan (BPT) di Selangor mencukupi berdasarkan keperluan bulanan negeri itu iaitu sebanyak 45,500 tan metrik sebulan.
Agong santuni penduduk Sungkai
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni penduduk yang teruja menanti keberangkatan baginda di sepanjang perjalanan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak pada Rabu.
13 individu dipanggil bantu siasatan dakwaan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal
Siasatan membabitkan laporan seotrang wanita yang dikenali sebagao Mondy Tatoo yang mendakwa dirogol seorang pendakwah terkenal.
UNGA 78: Bersama tangani isu pemerdagangan manusia - PM Itali
Perdana Menteri Itali mahu PBB berhenti bertolak ansur dengan aktiviti pemerdagangan manusia yang disebutnya sebagai satu bentuk perhambaan baru.
UNGA 78: Tshisekedi mahu misi PBB tinggalkan Congo Disember ini
Presiden Congo mahu pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu meninggalkan negara itu, mulai Disember ini kerana disifatkan gagal mengekang konflik di timur negara itu.
UNGA78: Platform penting untuk pemimpin dunia menyatakan pendapat dan kritikan
Masyarakat umum harus melihat Perhimpunan Agung PBB adalah merupakan platform penting bagi pemimpin-pemimpin negara terutama negara Islam, Asia dan Afrika menyatakan pendapat dan kritikan mereka terhadap berbagai isu.

Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.

Ringgit dijangka teruskan momentum positif minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum positif berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan memandangkan ketidaktentuan mata wang selamat.

TPPA: Keputusan AS buka peluang rundingan dagangan dua hala dengan Malaysia
Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berpendapat antara bidang yang boleh diusahakan bersama Malaysia-AS termasuk kewangan dan kewangan Islam.