KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat sejak pagi ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong prestasi positif harga komoditi, menurut penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4280/4325 daripada 4.4310/4345 sewaktu ditutup pada Jumaat.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, bagaimanapun, pasaran agak bimbang menjelang pengeluaran minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan data perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Jumaat kerana data itu dikhuatiri akan meningkatkan lagi inflasi dan mendorong hasil AS yang lebih tinggi sekali gus menjejaskan ringgit.
"Sebarang penambahbaikan terhadap data China atau data ekonomi AS yang lemah boleh mendatangkan manfaat kepada unit tempatan," katanya kepada Bernama.
Setakat ini, penanda aras harga minyak mentah meningkat 1.04 peratus kepada US$83.86 setong.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini akan memperlihatkan keutamaan fiskal jangka pendek kerajaan dan sentimen impak pasaran.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2998/3036 daripada 3.2864/2892 sewaktu ditutup pada Jumaat dan berkurangan berbanding dolar Singapura 3.3136/3172 daripada 3.3062/3093 sebelum ini.
Ia turut menyusut berbanding euro kepada 4.7291/7339 daripada 4.7137/7174 sewaktu ditutup pada akhir minggu lepas dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.3233/3288 daripada 5.2919/2961.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4280/4325 daripada 4.4310/4345 sewaktu ditutup pada Jumaat. - Gambar hiasan
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.