KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila pengumuman data gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah menjejaskan pertukaran asing Asia, kata seorang penganalisis.
Ketua pengarah SPI Asset Management Stephen Innes berkata hasil Perbendaharaan AS yang melonjak tinggi dan penurunan ekuiti global selepas pengumuman data bukan gaji AS pada Jumaat minggu lepas memberikan tekanan terhadap ringgit.
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2995/3055 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2565/2610 pada Jumaat.
"Hasil Perbendaharaan AS yang tinggi berbanding Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) menghalang pelabur kembali meniagakan ringgit meskipun rangsangan kukuh daripada pembukaan semula sempadan China.
"Peningkatan risiko geopolitik selepas AS menembak jatuh belon cuaca China juga telah menjejaskan aliran di Asia," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata ekonomi China dijangka kembali mencatatkan pemulihan yang akan menyokong eksport dari Malaysia.
Innes juga berpandangan jualan ringgit ketika ini hanya sementara sahaja dan menjangka unit tempatan itu diniagakan lebih kukuh pada Mac.
Pada Jumaat minggu lepas, AS mengumumkan data gaji bukan ladang Januari yang mendedahkan 517,000 pekerjaan diwujudkan pada Januari yang seterusnya menunjukkan kekuatan berterusan pasaran buruh negara itu meskipun dasar monetarinya yang ketat.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2420/2470 daripada paras penutup 3.2475/2514 pada Jumaat minggu lepas dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2624/2672 daripada 3.3106/3147.
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.1624/1696 daripada 5.2125/2180 dan menokok berbanding euro kepada 4.6065/6129 daripada 4.6519/6568.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2995/3055 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2565/2610 pada Jumaat. - Gambar fail
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.