awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
17/04/2023
12:21 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4200/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4025 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan sentimen lemah pada Jumaat lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan ketidaktentuan yang mempengaruhi mata wang AS kini reda.
Keadaan ini sekali gus menyokong mata wang negara maju itu dan mendorong jangkaan pasaran mengenai satu lagi pusingan kenaikan kadar faedah AS.
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.4200/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4000/4025 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata data AS minggu lepas menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan terus memberi perhatian kepada inflasi dan mungkin mengekalkan kadar faedah pada paras lebih tinggi untuk tempoh yang lebih panjang.
Beliau berkata ditambah dengan keredaan tekanan bank AS, ini menunjukkan Fed boleh meneruskan sekurang-kurangnya satu lagi kenaikan kadar faedah pada Mei dan mengekalkan kadar itu sehingga akhir tahun.
"Ini bertentangan dengan yang telah dijangkakan pasaran. Walau bagaimanapun, ini boleh berubah jika kredit AS menjadi ketat namun, nampaknya ia tidak berlaku buat masa ini," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8532/8587 daripada 4.8660/8687 ketika ditutup pada Jumaat dan kukuh berbanding pound British kepada 5.4808/4870 daripada 5.5031/5062.
Ringgit lebih stabil berbanding yen Jepun kepada 3.2968/3008 daripada 3.3208/3229.
Unit domestik turut didagangkan tinggi berbanding mata wang negara Asean, kecuali dolar Singapura.
Ringgit lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.2 daripada 299.1/299.5 pada Jumaat minggu lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8604/8813 daripada 12.9070/9208.
Unit tempatan juga didagangkan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.91/7.93 daripada 7.97/7.98 namun rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3196/3238 daripada 3.3183/3204.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ASEAN
#dolar AS
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan