awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
22/01/2024
12:36 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS, seiring mata wang negara pesat membangun yang lain, berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah Amerika Syarikat.
Pada 6 petang, ringgit diniagakan rendah turun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7160/7210 pada Jumaat.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran pertukaran mata wang asing global diniagakan dalam keadaan berhati-hati menjelang penerbitan data penting ekonomi AS, yang mungkin mempengaruhi prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat pada Mac.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid menyatakan bahawa kadar inflasi keseluruhan Malaysia yang dikeluarkan hari ini, meningkat sebanyak 2.5 peratus pada 2023, lebih rendah daripada 3.3 peratus yang dicatatkan pada 2022.
“Sehubungan itu, kami berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang stabil memandangkan kadar faedah sebenar pada masa ini berada pada 1.5 peratus pada Disember, ” kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Selain menunggu kenyataan pendirian dasar monetari pertama BNM pada 24 Jan, pasaran turut menunggu keputusan dasar monetari Bank of Japan yang dijangkakan pada awal pagi Selasa dan keputusan dasar monetari Bank Pusat Eropah pada Rabu.
Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1516/1576 daripada 5.1324/1379 dan turun berbanding pound Britain kepada 6.0065/0134 daripada 5.9822/9886. Ringgit turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1918/1957 daripada 3.1871/1907 ketika ditutup pada Jumaat.
Pada masa sama, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5252/5298 daripada 3.5176/5216 dan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.3/302.8 daripada 301.9/302.4 ketika ditutup minggu lepas.
Ringgit juga merosot berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.43/8.44 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2493/2706 daripada 13.2733/2941 sebelum itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi global
#kadar faedah
#paras terendah
#data penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan