awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
17/12/2024
15:00 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4645/4690 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 semalam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan berikutan sentimen pelabur yang kurang menggalakkan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari yang bermula hari ini.
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4645/4690 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit turun naik sepanjang hari tetapi ditutup rendah berikutan pasaran bersedia untuk menghadapi minggu yang penting untuk mesyuarat bank pusat, terutamanya Rizab Persekutuan (Fed) AS.
"Tumpuan global kekal pada Fed, yang diselubungi ketidaktentuan.
“Dalam Fed, pendapat berbelah bahagi: beberapa penggubal dasar mempersoalkan penurunan kadar seterusnya manakala yang lain kekal ragu-ragu mengenai manfaat daripada penurunan kadar yang telah dilaksanakan setakat ini," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan jangkaan pasaran, Innes berkata penurunan sebanyak 25 mata asas dilihat sebagai laluan paling mudah untuk Fed.
“Unjuran ekonomi yang akan datang dijangka menggambarkan pendekatan berhati-hati, berpotensi menunjukkan kelembapan dalam kadar penurunan kadar faedah pada masa depan,” katanya.
Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.6646/6703 daripada 5.6301/6365, berkurangan berbanding euro kepada 4.6815/6862 daripada 4.6743/6795 dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.9028/9059 daripada 2.8930/8964 sebelum ini.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3048/3087 daripada 3.2992/3032, bagaimanapun naik berbanding baht Thailand kepada 13.0236/0440 daripada 13.0575/0795 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 277.2/277.6 daripada 278.0/278.5 semalam.
Sementara itu, mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.58/7.59 daripada 7.58/7.60 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#dolar AS
#rizab persekutuan
#Stephen Innes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan