Skip to main content

Dunia

Switzerland pilih dokumentari mangsa terselamat Gaza untuk Oscar

[TB]_Who Is Still Alive Film_SWISS FILM
Dokumentari itu menampilkan mangsa terselamat Gaza ketika mereka menceritakan pengalaman masing-masing. - Foto Swiss Film
Advertisement

ISTANBUL:

Switzerland memilih sebuah dokumentari yang memaparkan kisah mangsa terselamat di Semenanjung Gaza sebagai penyertaan negara itu bagi Anugerah Akademi 2027, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media pada Khamis.

“Who Is Still Alive”, arahan pembikin filem yang berpangkalan di Geneva, Nicolas Wadimoff akan bersaing untuk pencalonan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik pada Anugerah Akademi ke-99, menurut Swissinfo.

Dokumentari itu menampilkan mangsa terselamat Gaza ketika mereka menceritakan pengalaman masing-masing.

Juri berkata filem berkenaan mengetengahkan secara langsung perasaan kehilangan, perpindahan secara paksa dan rasa memiliki, menurut kenyataan Pejabat Kebudayaan Persekutuan Switzerland.

“Who Is Still Alive” memenangi Prix de Soleure, anugerah filem paling berprestij di Switzerland, pada Festival Filem Solothurn awal tahun ini.

Akademi Seni dan Sains Perfileman dijangka mengumumkan senarai pendek penyertaan antarabangsa pada Disember.

Lima calon akhir akan diumumkan pada 21 Jan, sebelum majlis Anugerah Akademi berlangsung pada 14 Mac.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement