KUALA LUMPUR:Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur masih tidak pasti berhubung pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan pengisytiharan darurat.
Pada 6 petang, ringgit susut 70 mata asas untuk ditutup kepada 4.0550/0600 daripada 4.0480/0530 berbanding dolar AS.
"Ianya berkisar tentang ketidakpastian berhubung PKP dan Darurat," kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau percaya pengedaran vaksin pada Februari akan memberi keyakinan pada masa hadapan.
"Namun, ia akan mengambil sedikit masa kerana vaksinasi kepada keseluruhan masyarakat hanya boleh dicapai kemungkinan paling awal pada suku ketiga atau keempat 2021," katanya.
Berhubung dagangan hari ini, Mohd Afzanizam berkata dagangan ringgit berbanding dolar tidak menentu pada sesi pagi dengan unit tempatan susut ke paras RM4.0755 apabila pasaran mula mencerna pengumuman darurat.
Bagaimanapun, katanya, pada sesi tengah hari keadaan kembali stabil.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
"Barangkali, disebabkan keadaan lebih jelas bahawa sektor ekonomi akan berfungsi seperti biasa semasa darurat dan tidak ada perintah berkurung, membayangkan akan ada pergerakan manusia berdasarkan kepada apa yang dinyatakan dalam pengumuman semalam," katanya.
Mohd Afzanizam percaya ringgit berbanding dolar AS akan kekal didagangkan dalam dagangan jajajaran kecil dalam tempoh terdekat ini.
Pada penutup, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0535/0575 daripada 3.0436/0478 pada Isnin dan susut berbanding yen kepada 3.8927/8978 daripada 3.8882/8934.
Berbanding pound britain, ringgit jatuh kepada 5.5156/5236 daripada 5.4616/4687 dan susut berbanding euro kepada 4.9313/9378 daripada 4.9236/9309 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 12 2021

Mohd Afzanizam percaya ringgit berbanding dolar AS akan kekal didagangkan dalam dagangan jajajaran kecil dalam tempoh terdekat ini.

Semua pekerja ladang di Sabah wajib jalani saringan COVID-19
Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.

PKP 2.0: Permit perjalanan rentas daerah boleh diperoleh di mana-mana balai polis
Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.

Ringgit ditutup rendah berikutan PKP, pengisytiharan darurat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur masih tidak pasti berhubung pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan pengisytiharan darurat.

Beri peluang generasi baharu memimpin kerajaan - Dr Hussamuddin
Generasi baharu perlu diberi peluang untk memimpin organisasi, parti atau kerajaan, kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti - Penganalisis
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengatasi penyusutan awalnya apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun unit negara maju itu mencatat prestasi baik.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.

Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.