awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC

Bernama
Bernama
18/12/2024
13:46 MYT
Ringgit ditutup rendah sedikit menjelang mesyuarat FOMC
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa. - Foto hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga mengambil pendekatan berhati-hati dalam dagangan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.
Keputusan dasar FOMC kebiasaan diumumkan pada hari kedua mesyuarat (hari ini), disusuli sidang akhbar oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell untuk memberikan gambaran lebih lanjut tentang strategi Fed pada masa hadapan.
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4670/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 pada Selasa.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran menjangkakan Fed menurunkan kadar sebanyak 25 mata asas bulan ini, yang boleh memberikan sedikit sokongan kepada ringgit.
"Bagaimanapun, ketidakpastian menyelubungi dasar monetari AS pada masa depan disebabkan oleh potensi kesan inflasi daripada kenaikan tarif yang bakal dilaksanakan oleh pentadbiran Donald Trump.
"Langkah sedemikian boleh menyebabkan Fed menyederhanakan penurunan kadarnya pada 2025, yang seterusnya bakal memberi cabaran kepada ringgit," katanya kepada Bernama.
Innes berkata mata wang tempatan diniagakan dalam jajaran kecil hari ini, menunjukkan aktiviti pasaran yang lemah.
Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.6673/6743 daripada 5.6646/6703 pada Selasa, jatuh berbanding euro kepada 4.6877/6934 daripada 4.6815/6862 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.9074/9112 daripada 2.9028/9.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3045/3088 daripada 3.3048/3087 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.58 daripada 7.58/7.59.
Sementara itu, ringgit menyusut berbanding baht Thai kepada 13.0378/0618 daripada 13.0236/0440 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 277.4/277.9 daripada 277.2/277.6.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup rendah
#mesyuarat FOMC
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan