awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
[TERKINI] BN pertahan DUN Lamag, Kinabatangan menang majoriti besar
Iran tolak tekanan asing berhubung rusuhan, kata utusan ke PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/03/2020
12:13 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Sehingga 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3280/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3300/3400 semasa ditutup semalam. - Reuters
Ringgit kekal pada aliran meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut hari ini, berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang sedang pesat membangun, kata peniaga.
Sehingga 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3280/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3300/3400 semasa ditutup semalam.
Peniaga berkata unit tempatan berada pada aliran meningkat berikutan pelbagai langkah rangsangan di seluruh dunia, termasuk pakej AS bernilai AS$2.2 trilion untuk memberi keyakinan dalam pasaran kewangan global.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0175/0234 daripada 3.0069/0149 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7608/7702 daripada 4.7396/7510 semalam.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9754/9829 daripada 3.9342/9444 dan turun berbanding pound kepada 5.2841/2943 daripada 5.1601/1737 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#dolar
#pelabur
#peniaga
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan