awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar

Bernama
Bernama
24/01/2026
15:30 MYT
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
Naim Moktar (kanan) dan calon BN bagi DUN Lamag Mohd Ismail Ayob mengangkat tangan selepas diumumkan sebagai pemenang pada PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, malam ini. - Gambar Bernama
KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan selepas calonnya, Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Ringkasan AI
  • BN menang besar di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi, mengekalkan kerusi selepas calon Mohd Kurniawan Naim Moktar meraih 19,852 undi.
  • Pilihan Raya Kecil diadakan susulan kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin; pemilihan ini melibatkan tiga calon termasuk daripada Parti Warisan dan calon Bebas.
  • Pegawai Pilihan Raya mencatat 369 kertas undi ditolak, sementara proses demokrasi berjalan lancar tanpa gangguan dalam PRK yang diumumkan di Dewan Sri Lamag.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sri Lamag di sini malam ini.
Mohd Kurniawan Naim, atau lebih dikenali sebagai Naim Moktar, meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.
Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, yang juga bapa kepada Mohd Kurniawan Naim, pada 5 Dis tahun lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Bung Moktar mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas meraih majoriti 4,330 undi menewaskan pencabarnya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.
Eddy Syaizul Rizam berkata sebanyak 369 kertas undi yang ditolak pada PRK itu.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat pada PRK berkenaan dan berkata perjalanan proses demokasi berkenaan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Terdahulu, Mohd Kurniawan Naim, yang memakai baju kemeja T hitam hadir ke dewan itu pada 9.05 malam dengan diiringi Timbalan Pengerusi BN Datuk Jafry Ariffin.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PRU15
#PRK Kinabatangan
#majoriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan