awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] BN pertahan DUN Lamag, Kinabatangan menang majoriti besar

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2026
15:30 MYT
[TERKINI] BN pertahan DUN Lamag, Kinabatangan menang majoriti besar
Naim Moktar (kanan) dan calon BN bagi DUN Lamag Mohd Ismail Ayob mengangkat tangan selepas diumumkan sebagai pemenang pada PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, malam ini. - Gambar Bernama
KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) mempertahankan dua kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Parlimen Kinabatangan pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan dalam PRK DUN Lamag dan Parlimen Kinabatangan di Sabah.
  • Calon BN, Mohd Ismail Ayob memenangi DUN Lamag dengan majoriti 5,681 undi berbanding calon Warisan.
  • Kemenangan BN di Parlimen Kinabatangan diraih oleh Mohd Kurniawan Naim Moktar dengan majoriti 14,214 undi, menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Ismail Ayob menang di kerusi DUN Lamag, dengan majoriti 5,681 undi, keputusan rasmi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Ismail yang lebih dikenali sebagai MIHA menewaskan calon Warisan Mazliwati Abdul Malek yang hanya memperoleh 1,588 undi.
PRK DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Ismail dan Mazliwati.
Sementara itu, seorang lagi Calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar menang bagi kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi
Naim Moktar yang merupakan anak bekas penyandang kerusi iaitu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin meraih 19,852 undi mengatasi Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) yang memperolehi 5,638 undi, manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.
PRK berkenaan diadakan susulan kematian Bung Moktar Radin, 66 tahun pada 5 Disember tahun lepas.
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Warisan
#PRK Kinabatangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan