awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
26/08/2021
13:12 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Keyakinan yang kukuh terhadap pentadbiran Malaysia, di samping kemungkinan tipis Rizab Persekutuan AS memberikan bayangan garis masa untuk mengurangkan pembelian bon, telah meningkatkan prestasi ringgit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikannya berbanding dolar AS pada Khamis, didorong oleh sentimen positif menjelang pengumuman barisan Kabinet yang baharu, kata ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Adam Mohamed Rahim.
Pada 6 petang, unit tempatan itu menokok 70 mata asas kepada 4.1940/1965 berbanding dolar AS daripada paras 4.2010/2055 pada Rabu.
Adam berkata keyakinan yang kukuh terhadap pentadbiran Malaysia, di samping kemungkinan tipis Rizab Persekutuan AS memberikan bayangan garis masa untuk mengurangkan pembelian bon, telah meningkatkan prestasi ringgit.
Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0998/1021 daripada 3.1056/1092 pada Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8075/8102 daripada 3.8254/8298, dan menokok berbanding pound British kepada 5.7659/7693 daripada 5.7667/7729.
Bagaimanapun, unit tempatan itu susut berbanding euro kepada 4.9376/9405 daripada 4.9362/9415 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#Kabinet Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan