KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini susulan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu susut menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4065/4120 berbanding dolar AS daripada 4.4160/4210 ketika ditutup pada Selasa.
Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata ringgit telah meningkat sedikit hari ini apabila dolar US merosot disebabkan tumpuan terhadap data IHP AS malam ini.
"Tetapi dengan pelabur mengiktiraf bahawa pertumbuhan dan inflasi berkemungkinan bergerak perlahan untuk sepanjang tahun ini, kami berpendapat sebarang peningkatan dolar AS akibat inflasi dijangka akan berakhr.
"Rizab Persekutuan (Fed) perlu menangani kejutan pertumbuhan perlahan akibat penetapan pinjaman yang lebih ketat akibat krisis beberapa bank di AS," katanya kepada Bernama.
Berbeza dengan Fed, Innes berkata People's Bank of China tidak menghadapi mana-mana halangan ini, membenarkan penggubal dasar menumpukan pada dasar propertumbuhan domestik apabila bertindak balas terhadap kejutan luaran.
"Lebih banyak rangsangan terutamanya ditujukan kepada pembangunan infrastruktur di China akan menguntungkan eksport Malaysia oleh itu ringgit," katanya.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatatkan prestasi baik hari ini, mencatat RM4.409 sebelum berlegar sekitar RM4.413.
"Indeks dolar AS jatuh kepada 102.016 daripada penutupan semalam sebanyak 102.204 mata. Nampaknya pasaran kini menunggu data IHP AS dengan IHP teras dijangka masuk pada 0.4 peratus bulan ke bulan pada bulan Mac daripada 0.5 peratus sebelum ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.8159/8219 daripada 4.8196/8251 ketika ditutup pada Selasa, melonjak berbandin pound Britain kepada 5.4716/4784 daripada 5.4939/5002 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2943/2987 daripada 3.3173/3216 semalam.
Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding peso Filipina pada 7.98/7.99 daripada 8.04/8.06 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbanding dolar Singapura pada 3.3104/3150 daripada 3.3156/3196 semalam.
Ia bertambah berbanding rupiah Indonesia pada 296.0/296.6 daripada 296.6/297.10 pada Selasa dan mengukuh berbanding baht Thai kepada 12.8657/8874 daripada 12.8998/9193 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4065/4120 berbanding dolar AS daripada 4.4160/4210 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) mencapai paras tertinggi sejak 2 Feb, 2023 ketika ditutup hari ini.
Ringgit lepasi paras 4.30, cecah paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2975/3050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3330/3370 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas BNM kekalkan kadar pada 3 peratus
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat selepas BNM mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup kukuh, catat prestasi terbaik di Asia berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sebanyak 0.36 peratus kepada 4.3505/3560 daripada paras penutup 4.3675/3705 pada Selasa.
Ringgit diunjur meningkat berbanding dolar AS pada RM4.23 akhir 2024 - MIDF Amanah
Menurut MIDF Amanah, pendirian Rizab Persekutuan AS yang lebih longgar menguatkan keyakinannya kepada kenaikan ringgit pada suku keempat 2024.
Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS ketika ditutup
Ringgit susut sedikit ketika ditutup pada Jumaat selepas mencatatkan peningkatan berturut-turut sejak beberapa hari lepas, susulan konsolidasi dan pengambilan untung.
Ringgit mengukuh menjelang jangkaan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.3460/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3470/3505 semasa ditutup pada Isnin.