KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini selepas China terus menetapkan pendirian untuk campur tangan susulan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai ekonominya, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6550 pada Khamis.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata mata wang tempatan dan mata wang serantau mendapat sokongan apabila People's Bank of China (PBOC) mengumumkan pelan untuk melaksanakan langkah-langkah dasar bagi menghentikan kejatuhan nilai yuan yang pesat.
"Pengumuman oleh PBOC memberi sedikit kelegaan kepada mata wang serantau," katanya kepada Bernama.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi Malaysia berkembang 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menjadikan pertumbuhan purata bagi separuh pertama tahun ini pada 4.25 peratus.
Katanya pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi sederhana pada suku itu sebahagiannya disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan susulan kitaran teknologi global, pengeluaran komoditi lebih rendah dan kesan asas lebih tinggi dari suku kedua 2022.
Oleh itu, Innes berkata data terkini boleh memberi isyarat kepada kerajaan bahawa ekonomi tempatan boleh menggunakan peningkatan pro-pertumbuhan jika tiada rangsangan daripada China, yang akan dilihat sebagai positif untuk mata wang tersebut.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun, apabila ia merosot kepada 3.1926/1959 daripada 3.1832/1846 pada Khamis.
Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 5.0503/0552 daripada 5.0602/0618 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.9131/9189 daripada 5.9211/9230 sebelum ini.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4228/4264 daripada 3.4212/4228 pada Khamis dan rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1331/1510 daripada 13.1306/1423 sebelum ini.
Ia berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.28 daripada 8.19/8.20 semalam, bagaimanapun naik berbanding rupiah Indonesia kepada 303.9/304.2 daripada 304.4/304.7 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6550 pada Khamis. - Gambar hiasan/REUTERS
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.