awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
07/10/2025
12:45 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2125/2155 berbanding dolar AS 4.2135/2180 ketika ditutup pada Isnin. - Foto hiasan/REUTERS
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa didorong oleh minat belian yang diperbaharui.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2125/2155 berbanding dolar AS 4.2135/2180 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata gandingan mata wang USD/MYR kekal dalam jajaran terhad iaitu sekitar paras RM4.21.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) masih berada pada paras tinggi, menyokong kekuatan dolar AS dalam persekitaran ketidaktentuan politik yang berterusan di negara-negara maju.
Sementara itu, pembentangan Belanjawan 2026 akan datang dijangka memberi sokongan jangka pendek kepada ringgit, kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding euro kepada 4.9135/9170 daripada 4.9155/9207 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7938/7960 daripada 2.8019/8051, bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.6620/6661 daripada 5.6608/6669.
Berbanding mata wang serantau, prestasi mata wang tempatan itu kebanyakannya merosot, kecuali berbanding baht Thai, menokok kepada 12.9532/9688 daripada 12.9810/13.0009.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2587/2613 daripada 3.2562/2599, susut berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.26 daripada 7.22/7.23, dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 254.3/254.6 daripada 254.0/254.4.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#ditutup tinggi
#dolar AS
#mata wang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan