Skip to main content

Dunia

Israel dakwa komandan maritim Hamas maut dalam serangan udara di Gaza

X @IDF
Menurut IDF, ketiga-tiga individu itu maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka disasarkan jet pejuang. -Foto X
Advertisement

GAZA: Angkatan tentera Israel (IDF) mendakwa komandan pasukan maritim pejuang Hamas, Mansour Sami Mahmoud Shahtout, terkorban bersama dua lagi individu dalam serangan udara di tengah Gaza pada Jumaat.

Menurut IDF, ketiga-tiga individu itu maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka disasarkan jet pejuang.

Tentera Israel mendakwa mereka membawa senjata api dan dianggap sebagai ancaman kepada pasukan daratnya.

“Ketiga-tiga individu tersebut bergerak di dalam sebuah kenderaan dan dilengkapi dengan senjata, sekali gus dianggap sebagai ancaman kepada pasukan kami di daratan,” menurut kenyataan IDF bagi mengulas operasi berkenaan.

 

 

IDF turut mendakwa pasukan maritim terbabit beroperasi di bawah sayap ketenteraan Hamas bagi merancang serta melaksanakan serangan terhadap kedudukan Israel di Gaza dan wilayah sekitarnya.

Setakat ini, pihak Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesah atau menafikan laporan kematian komandan berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement