awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi menjelang laporan data IHP AS

Bernama
Bernama
24/10/2025
11:12 MYT
Ringgit ditutup tinggi menjelang laporan data IHP AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2210/2255 berbanding dolar AS daripada 4.2250/2285 ketika ditutup pada Khamis. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila para pelabur menjadi lebih berhati-hati menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2210/2255 berbanding dolar AS daripada 4.2250/2285 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan pada paras lebih kukuh apabila para peserta pasaran menunggu bacaan inflasi terkini (IHP) yang dijadualkan dikeluarkan hari ini.
Katanya, ia berpotensi memberi petunjuk lanjut mengenai unjuran kadar faedah Rizab Persekutuan AS.
"Sementara itu, Indeks Dolar AS (DXY) menokok kepada 99.06 mata apabila jangkaan konsensus menunjukkan bacaan IHP yang lebih tinggi sekali gus mencerminkan kebimbangan berterusan terhadap tekanan inflasi yang berlanjutan di ekonomi terbesar dunia," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam turut menekankan ketidaktentuan yang disebabkan oleh penutupan kerajaan AS waktu ini mengehadkan akses kepada data penting menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 28-29 Oktober.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.7592/7623 daripada 2.7687/7712 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.6232/6292 daripada 5.6395/6442 ketika ditutup semalam.
Sementara itu, ia susut berbanding euro kepada 4.9010/9062 daripada 4.8976/9017.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya berkembang berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2484/2521 daripada 3.2513/2542, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.20/7.21 daripada 7.21/7.22 dan sedikit melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8768/8952 daripada 12.8772/8937 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/254.6 daripada 254.0/254.4.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#mata wang
#dolar AS
#IHP
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan