KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar AS untuk ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan harga minyak mentah serta bayangan pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang kemungkinan akan melonggarkan dasar monetarinya, kata seorang ahli ekonomi.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sedikit kepada 4.3950/4010 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3970/4020 pada Rabu.
Ketua ahli ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang dijangka turun kepada 240,000 pada Mac daripada kira-kira 311,000 pada Februari akan mengubah pandangan pasaran terhadap laluan kenaikan kadar faedah.
"Dolar AS/Ringgit Malaysia terus berlegar sekitar RM4.40 semasa dagangan hari ini manakala ringgit lebih kukuh berbanding Euro meskipun prestasi Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Jerman yang lebih baik daripada jangkaan, berkembang 0.6 peratus tahun ke tahun pada Februari berbanding unjuran -2.7 peratus.
"Begitu juga, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura sebanyak 0.2 peratus," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7936/8002 daripada paras penutup 4.8156/8211 pada Rabu dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4753/4828 daripada 5.4879/4941, tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.3465/3514 daripada 3.3399/3440 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3065/3113 daripada 3.3165/3205 pada Rabu, naik berbanding baht Thailand kepada 12.8893/9145 daripada 12.9782/9991 dan mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.07/8.09 daripada 8.08/8.09 sebelumnya.
Bagaimanapun, unit tempatan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 294.70/295.20 daripada 294.40/294.90.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang negara-negara Asean lain. - Gambar Pixabay/ Reuters
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.