KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis pulih selepas dua hari penurunan disebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mendapat rangsangan daripada langkah BNM dan dasar itu seharusnya memberikan rangsangan kepada ekonomi.
Beliau berkata panduan ke hadapan BNM mengulangi bahawa tahap dasar monetari semasa kekal menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa inflasi dan prospek pertumbuhan.
"Memandangkan prospek pertumbuhan menumpu kepada trend dan inflasi kekal tidak berubah, kami menjangka BNM akan mengekalkan OPR pada tiga peratus sepanjang tahun 2024.
"Risiko menaik kepada inflasi dan unjuran kadar dasar BNM pada 2024 boleh datang daripada langkah rasionalisasi subsidi yang lebih agresif daripada jangkaan semasa kami," katanya kepada Bernama.
Sewaktu ditutup, mata wang tempatan kebanyakannya diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1593/1622 daripada 3.1540/1569 ketika ditutup pada Rabu, turun berbanding euro kepada 5.0448/0491 daripada 5.0313/0356, bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7860/7909 daripada 5.7897/7946.
Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang Asean lain.
Ringgit menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.4798/4830 daripada 3.4786/4820 ketika ditutup pada Rabu, berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 299.4/299.8 daripada 299.2/299.6 dan berkurangan berbanding baht Thai kepada 13.2156/2337 daripada 13.1645/1803 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.40 daripada 8.39/8.40 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2023
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7485/7525 berbanding dolar AS daripada 4.7695/7735 sewaktu ditutup semalam. - Gambar hiasan/REUTERS
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.