awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain

Bernama
Bernama
20/12/2024
01:50 MYT
Ringgit hampir mendatar berbanding dolar AS, mengukuh berbanding mata wang lain
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.5030/5250 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dijangka terus menyokong dolar, kata ahli ekonomi.
Bagaimanapun, ringgit dilihat diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang lain.
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.5030/5250 berbanding dolar AS daripada 4.5030/5080 semalam.
Memetik laporan ekonomi AS, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data ekonomi AS menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2024 mencatatkan prestasi lebih baik daripada jangkaan manakala tuntutan awal pengangguran merosot kepada 220,000 minggu lepas daripada 242,000 sebelum ini.
"Oleh itu, Indeks Dolar AS terus meningkat kepada 108.418 mata.
"Ia memberi impak positif kepada dolar dalam masa terdekat. Sehubungan itu, dolar-ringgit akan terus berada hampir RM4.50 dalam masa terdekat," katanya.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8563/8706 daripada 2.8687/8723 semalam, naik berbanding pound kepada 5.6269/6544 daripada 5.6999/7062 dan tinggi berbanding euro kepada 4.6669/6897 daripada 4.6876/6928 sebelum ini.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3059/3226 daripada 3.3130/3169, bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 13.059/3226 daripada 13.0322/0530 pada Khamis.
Ia hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 276.0/277.5 daripada 276.0/276.4 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.63/76.7 daripada 7.63/7.64 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan