KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan tidak berubah tinggi berbanding dolar US minggu hadapan, menurut seorang penganalisis.
Beliau berkata kenaikan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi berikutan pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (US FOMC) untuk Disember telah memberi tekanan ke atas ringgit.
"Dengan mesyuarat pertama US FOMC bagi tahun ini dijadualkan pada 25-26 Jan, pelabur akan memerhatikan hasil mesyuarat untuk keputusan kenaikan kadar. Oleh itu, saya mencadangkan jajaran 4.20 hingga 4.22 berbanding dolar AS pada minggu hadapan," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan lebih rendah kecuali semalam selepas pengukuhan harga minyak mentah telah memacu kekuatan ringgit. Bagaimanapun, ia mengakhiri minggu dagangan pertama 2022 lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.2070/2080 daripada 4.1650/1680 dalam minggu sebelumnya.
Mata wang tempatan itu juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0958/0981 daripada 3.0872/0899 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6320/6336 daripada 3.6186/6212 yang dicatatkan pada minggu sebelum ini.
Ringgit jatuh berbanding euro kepada 4.7602/7640 daripada 4.7194/7228 dan menurun berbanding pound British kepada 5.6999/7037 daripada 5.6277/6318.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
Ringgit mengakhiri minggu dagangan pertama 2022 lebih rendah berbanding dolar AS pada 4.2070/2080.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Rasuah $10.9 Juta: Timbalan Menteri Pertahan kekal dipenjara
Mahkamah Rusia pada Rabu menolak rayuan pembebasan yang dikemukakan oleh timbalan menteri pertahanan negaranya, Timur Ivanov yang kini disabitkan bersalah dalam kes rasuah bernilai 10.9 juta dolar Amerika. Ivanov yang kini berada dalam proses 'pra-perbicaraan kini masih ditahan di penjara dan permohonannya untuk melalui proses penahanan di rumah ditolak mahkamah yang mana ia adalah merupakan skandal rasuah terbesar melibatkan menteri kabinet negara itu untuk sekian lama.
Mayat terakhir pekerja dalam runtuhan jambatan AS ditemui
Mayat keenam dan terakhir kemalangan sebuah kapal kontena melanggar jambatan Francis Scott Key, Baltimore Amerika Syarikat ditemui pada Selasa. Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Jose Mynor Lopez, 37 tahun, seorang pekerja binaan di jambatan berkenaan berasal dari Baltimore, Maryland.
[TERKINI] Selangor FC umum tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih
Pengurusan Selangor FC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam perlawanan Piala Sumbangsih dengan Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, kelab itu berkata, mereka mengambil maklum keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan perlawanan itu.
MB Johor yakin kemampuan polis siasat insiden serangan ke atas Safiq
Kerajaan Negeri Johor yakin kewibawaan Polis Diraja Malaysia untuk menyiasat dan mengesan individu yang menyerang pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim.
Azalina ketuai delegasi Malaysia ke Kanada untuk kajian pengasingan kuasa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kini mengetuai delegasi Malaysia ke Ottawa, Kanada untuk menjalankan kajian terperinci mengenai konsep pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Komuniti Mengkuang Titi, Peminat Faisal Halim adakan bacaan Yassin
Lebih 300 peminat dan juga komuniti Mengkuang Titi hadir pada majlis bacaan Yassin dan Doa selamat bagi memohon kesejahteraan dan kesembuhan Faisal Halim.
Penginapan di Madinah selesa dan mesra OKU
Tiga hotel tempat penginapan jemaah haji Muassasah di Madinah iaitu Emaar Royal, Saja Al Madinah dan Movenpick menyambut kumpulan pertama jemaah KT 001 yang akan tiba di Madinah pada pagi, 9 Mei 2024 dan kumpulan lain yang akan menyusul secara berperingkat sehingga Jun ini.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.