KUALA LUMPUR: Ringgit kembali ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS selepas kenaikan minggu lepas berikutan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, unit tempatan terus susut kepada 4.5060/5130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4795/4890 pada Jumaat minggu lepas.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit kembali menyusut hari ini apabila kes COVID-19 terus melonjak di China, yang memberi kesan kepada pembukaan semula ekonomi serta membawa kepada prospek lebih lemah.
"Terdapat spekulasi bantahan yang berlaku baru-baru ini akan mempercepat pembukaan semula sebaik sahaja kes COVID-19 mereda dan ini sepatutnya memberikan prospek positif kepada ringgit," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.2804/2860 daripada 3.2573/2645 pada Jumaat minggu lepas, susut berbanding euro kepada 4.6705/6777 daripada 4.6551/6650 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2614/2677 daripada 3.2118/2188. Bagaimanapun ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4004/4088 daripada 5.4094/4209.
Pasaran ditutup pada Isnin sempena cuti peristiwa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Pada 6 petang, unit tempatan terus susut kepada 4.5060/5130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4795/4890 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Astro AWANI
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Sentimen pelabur heret penyusutan ringgit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan pelabur menumpukan perhatian kepada data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat lewat hari ini.
Ringgit kembali ditutup rendah susulan pengambilan untung
Ringgit kembali ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS selepas kenaikan minggu lepas berikutan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.
Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh tiga bulan
Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh hampir tiga bulan susulan situasi pengelakan risiko di tengah-tengah penurunan harga minyak.