awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit mata wang paling lemah di Asia tahun ini

Sinar Harian
Sinar Harian
01/07/2023
03:55 MYT
Ringgit mata wang paling lemah di Asia tahun ini
Kali terakhir Ringgit diniagakan adalah pada 4.670 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menghampiri paras terendah dalam lapan bulan. - Gambar fail/Pixabay
RINGGIT mencatatkan penurunan hampir enam peratus pada separuh pertama 2023 sekali gus mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia, manakala ekuiti negara ini dan Thailand adalah yang terburuk dalam pasaran campuran.
Memetik laporan Reuters, berdasarkan rekod pada Jumaat, kebanyakan mata wang Asia pulih daripada kerugian awal, dengan peso Filipina dan baht Thailand mendahului peningkatan dengan masing-masing mencatatkan kenaikan 0.4 peratus.
Bagi separuh pertama 2023, ringgit mencatatkan kejatuhan terbesar dalam kalangan negara sedang pesat membangun Asia apabila susut 5.8 peratus disebabkan oleh aliran keluar modal.
Kali terakhir diniagakan adalah pada 4.670 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menghampiri paras terendah dalam lapan bulan.
"Ringgit mencatatkan prestasi yang kurang baik di Asia berikutan aliran keluar ekuiti asing yang berterusan. Begitupun, peningkatan dari segi pertumbuhan boleh mengubah sentimen dan kita boleh melihat ringgit berbanding dolar AS mengukuh sekitar paras 4.60 hingga 4.70 pada separuh kedua 2023," kata Ahli Strategi Makro DBS Bank, Wei Liang Chang.
Pasaran saham tempatan jatuh sehingga 7.7 peratus dalam tempoh sama dan antara negara yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau ini.
Pada minggu depan, Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Penganalisis di Barclays menjangkakan, bank pusat akan mengekalkan dan tidak mengubah kadar penanda arasnya.
Sementara itu, baht Thailand jatuh juga hampir tiga peratus tahun ini dan ketika ini berada di paras terendah dalam tujuh bulan.
Ia kekal berada di bawah tekanan kerana ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu mengalami keadaan tidak menentu untuk memilih Perdana Menteri baharu.
"Punca utama (kelemahan mata wang Asia berbanding dolar AS) adalah Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), (Jerome) Powell terus membayangkan retorik kadar faedah tinggi, dengan memberikan isyarat sekurang-kurangnya dua kali lagi kenaikan kadar," kata Ahli Strategi Kanan Asia ANZ, Irene Cheung.
Sementara itu, yuan China turut susut kepada 7.2615 setiap dolar pada hari Jumaat yang juga merupakan paling lemah sejak 10 November lalu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Badan Kehakiman
#Brazil
#Jair Bolsonaro
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan