awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Bernama
Bernama
25/01/2023
03:15 MYT
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.2755/2805 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh minat belian baharu dalam mata wang itu dan sentimen yang lebih baik mengenai pembukaan berterusan China untuk perjalanan antarabangsa, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.2755/2805 berbanding dolar AS daripada 4.2830/2875 pada Jumaat lepas.
Pasaran menyambung semula dagangan hari ini selepas cuti pada 23 dan 24 Jan bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes percaya sebahagian pelabur dijangka akan terus berhati-hati berikutan kemungkinan peningkatan mendadak kes COVID-19 di China selepas perayaan Tahun Baharu Cina.
"Bagaimanapun, dengan dorongan pengguna China yang kembali dan pembukaan berterusan untuk perjalanan antarabangsa China, saya menjangka ringgit akan terus berada pada kedudukan yang kukuh walaupun terdapat gangguan jangka pendek," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Edward Moya berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan yang stabil dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, tetapi turut mencatatkan jujukan tujuh bulan untuk kenaikan harga input yang sederhana.
"PMI adalah positif untuk prospek pertumbuhan, tetapi mewujudkan kebimbangan bahawa inflasi mungkin lebih sukar untuk diturunkan berikutan beban kenaikan kos yang lebih cepat menjejaskan firma sektor swasta," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2385/2428 daripada 3.2386/2425 dan naik kepada 5.2687/2749 berbanding pound daripada 5.2861/2916 pada Jumaat lepas.
Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding euro kepada 4.6543/6598 daripada 4.6393/6442, tetapi meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2800/2841 daripada 3.3073/3111 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#China
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan