ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 102 orang maut dalam tanah runtuh di selatan Ethiopia, kata pihak berkuasa pada Khamis, lapor agensi berita Jerman dpa.
Jumlah sebenar mangsa mungkin jauh lebih tinggi memandangkan 125 orang masih hilang.
Advertisement
Hujan lebat di wilayah itu mencetuskan tanah runtuh besar.
Operasi menyelamat terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu berikutan risiko banjir lumpur.
Jalan dan jambatan ke kawasan bencana telah tersekat, menjadikannya tidak dapat diakses.
Tanah runtuh sering berlaku di kawasan berbukit di selatan Ethiopia.
Pada 2024, tanah runtuh mengorbankan ratusan mangsa, memusnahkan infrastruktur penting dan menyebabkan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.
Keadaan diburukkan lagi dengan bantuan kemanusiaan yang lewat dan tidak mencukupi, yang membahayakan nyawa mangsa.
Pada masa sama, infrastruktur usang dan tanah tepu meningkatkan kerentanan negeri selatan Ethiopia terhadap tanah runtuh dan bencana alam lain.
-- BERNAMA-dpa