KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS semalam, meningkat semula daripada penurunan pada Isnin berikutan permintaan baharu dan sejajar dengan harga minyak mentah yang kukuh, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3960/3975 daripada 4.4030/4060 pada Isnin.
Pada masa ini, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global diniagakan pada US$117.30 setong, naik sebanyak 1.89 peratus.
Penganalisis berkata semakan semula positif untuk prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia oleh SP Global Ratings (SP) meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia, justeru meningkatkan permintaan terhadap ringgit.
SP mengekalkan penarafan ‘A-‘ untuk jangka panjang dan ‘A-2’ untuk penarafan kredit berdaulat mata wang asing jangka pendek serta penarafan ‘A’ Malaysia untuk jangka panjang dan ‘A-1’ untuk penarafan mata wang tempatan jangka pendek.
Menurut agensi penarafan itu, prospek stabil itu mencerminkan jangkaannya bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang.
Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding pound kepada 5.3899/3918 daripada 5.4064/4101 pada Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2333/2346 daripada 3.2564/2589 sebelum ini.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1726/1742 daripada 3.1779/1805 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6527/6543 daripada 4.6535/6567 Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Semakan semula positif untuk prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia, justeru meningkatkan permintaan terhadap ringgit. - Gambar fail/BERNAMA

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Empat individu didakwa racun burung merpati
Empat individu termasuk dua lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberikan bahan beracun kepada sekumpulan burung merpati, bulan lepas.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus RUU Antilompat Parti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.
![AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981883/thumbnails/21620388001660050596167_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [09/08/2022] - Lumba haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: RUU lulus, wakil rakyat menang PRU15 tak boleh lompat parti PAC pertahan pendedahan ketirisan LCS, Pemuda UMNO desak RCI Kadar pengangguran menurun, paling rendah sejak pandemik #AWANInews #PolitikMalaysia

Agenda AWANI: Pembangunan Lestari di Malaysia, Realistik?
Malaysia menyatakan kerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar di negara. Bagaimana perkara ini dapat direalisasikan? Ikuti temu bual khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dalam Agenda Awani, 8.30 malam.

Laporan Khas | Bukit Tabur makin berterabur
Setiap hujung minggu, sudah tentu ramai warga kota beriadah bersama keluarga termasuk memilih ke taman rekreasi, memanjat bukit atau hiking. Namun, Bukit Tabur yang terletak di Melawati dan dikenali ramai peminat sukan lasak kerana lokasinya di sebalik keindahan Banjaran Quarza Warisan Negara kini didakwa penduduk berlaku aktiviti penebangan hutan.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun jatuh kepada 2.38 peratus apabila permintaan untuk instrumen yang lebih selamat semakin kukuh.

Ringgit dibuka agak tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 9.04 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.450/4580 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada paras 4.4565/4590.

Ringgit menyusut disebabkan ketengangan geopolitik
Ringgit terus menyusut berbanding dolar US hari ini selepas pelabur memilih mata wang selamat susulan kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik membabitkan Amerika Syarikat (AS)-China.

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4570/4595 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.4540/4565.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi berbanding dolar AS di tengah-tengah hasil perbendaharaan AS yang lemah.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ramai dikatakan bertaruh untuk KDNK AS yang lebih lemah, menyebabkan prospek dolar AS kurang memberangsangkan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS di tengah-tengah minat belian baharu untuk mata wang tempatan.

Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC).

Diskusi persediaan hadapi kemelesetan ekonomi dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini
Jangan terlepas perbincangan malam ini dalam Dialog Tiga Penjuru, jam 8.30 malam.