awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Bernama
Bernama
24/11/2022
03:10 MYT
Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, unit tempatan naik 195 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.5530/5600 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan aliran positif berbanding dolar AS hari ini, meningkat kepada paras 4.55 berikutan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan AS yang kurang agresif, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, unit tempatan naik 195 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.5530/5600 berbanding dolar AS daripada 4.5725/5775 pada Rabu.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga minyak mentah yang lebih kukuh pada awal minggu ini turut memberikan sokongan kepada unit tempatan.
"Satu-satunya perkara yang mengekang ringgit daripada naik lebih tinggi ialah peningkatan kes COVID-19 di China," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dijangka pasaran akan kekal sedikit lengang daripada biasa sehingga minggu depan, berikutan cuti Hari Kesyukuran di AS.
"Acara makroekonomi yang paling penting pada minggu depan ialah pengumuman data senarai gaji bukan ladang AS, yang akan memberikan lebih banyak petunjuk mengenai kekuatan ekonomi AS," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3074/3130 daripada 3.3053/3094 pada Rabu dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7419/7492 daripada 4.7202/7254 sebelum ini.
Ia turut susut berbanding pound kepada 5.4968/5053 daripada 5.4495/4555 dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2715/2768 daripada 3.2344/2382 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan