Ringgit Malaysia mengukuh melepasi paras RM4.00 kepada dolar AS untuk kali pertama sejak Ogos.

Menurut laporan, ini susulan spekulasi kenaikan harga minyak mentah yang memberikan kelebihan kepada kewangan negara pengeksport minyak.

Ringgit meningkat kepada RM3.99 kepada US$1.00 daripada kadar tukaran yang dikumpulkan dari bank tempatan oleh Bloomberg.

Brent meningkat 0.4% setong, ke US$41.70 setong.

Ini adalah harga minyak mentah setong tertinggi tahun ini.

Ringgit adalah matawang terbaik Asia Tenggara tahun ini dengan peningkatan 7 peratus sejak awal tahun.