awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah tempatan ditutup rendah

Bernama
Bernama
10/12/2024
12:24 MYT
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 900.50 sen sekilogram dan lateks pukal pada 692.50 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Katanya sentimen pasaran terus dipengaruhi oleh petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan ketegangan geopolitik yang meningkat di Asia Barat.
"Bagaimanapun, penurunan dihadkan oleh kebimbangan mengenai bekalan getah asli yang terjejas berikutan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata harga minyak menyusut sedikit pada Selasa, selepas kenaikan sebelum ini didorong oleh pengumuman rangsangan daripada China, pengimport terbesar dunia dan ketegangan yang semakin meningkat di Syria.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran hujan lebat kepada sangat lebat dari 12 hingga 15 Disember, yang boleh menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun sembilan sen kepada 907.50 sen sekilogram manakala lateks pukal menyusut satu sen kepada 694.00 sen.
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 900.50 sen sekilogram dan lateks pukal pada 692.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#cuaca buruk
#harga minyak
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan