KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran meningkatnya bagi empat hari berturut-turut selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) membayangkan pendekatan monetari lebih sederhana pada masa depan.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sekiranya dolar AS tidak melepasi paras sokongan RM4.4099 ketika ini, paras ketahanan seterusnya dijangkakan pada RM4.3297.
"Meskipun Fed mengekalkan unjurannya bagi inflasi, pasaran niaga hadapan bagi kadar dana Fed (FFR) tidak begitu optimis. Nampaknya Fed mungkin akan mengurangkan FFR seawal Jun depan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus jatuh kepada 101.98 mata daripada paras penutup 102.346 mata semalam dan semua mata wang utama mencatatkan aliran yang sama, meningkat berbanding dolar AS.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.8055/8098 daripada paras penutup 4.8026/8080 pada Rabu dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3679/3712 daripada 3.3592/3633. Bagaimanapun ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4379/4428 daripada 5.4696/4758.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.
Unit tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 287.70/288.10 daripada 290.10/290.60, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3278/3313 daripada 3.3363/3406 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding baht Thai kepada 12.9562/9741 daripada 12.9297/9506 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu. - Gambar hiasan/REUTERS

Negeri Sembilan perlu perluas sektor pertanian, penternakan moden untuk rancakkan ekonomi - Rafizi
Kerajaan Negeri Sembilan digesa memperluaskan sektor pertanian dan penternakan modennya bagi merancakkan lagi ekonomi negeri sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI
NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.

KPT pelawa pemain industri kerjasama dengan IPT rangka program TVET terbaik
KPT menjemput semua pemain industri untuk bekerjasama dengan IPT, untuk merangka program TVET yang terbaik pada masa akan datang.

Malaysia antara negara terbaik bagi industri EV - EVAM
Malaysia antara negara terbaik bagi industri kenderaan elektrik kerana mempunyai kepakaran yang sesuai untuk pelaburan dan eksport.

KPDN jamin bekalan gula Aidiladha mencukupi
KPDN arah dua kilang terbesar negara iaitu CSR dan MSM keluarkan bekalan gula pasir kasar dan halus seperti biasa untuk diagihkan kepada pemborong.

MITI saran rakan IPEF bangunkan integrasi vertikal rantaian bekalan
MITI menyarankan rakan IPEF berusaha ke arah integrasi vertikal rantaian bekalan bagi pertumbuhan holistik dan progresif untuk semua.

MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.

Indonesia bincang tindakan segera banteras jenayah pemerdagangan manusia
Presiden Joko Widodo menggesa penguatkuasa undang-undang dan agensi berkaitan supaya mengambil tindakan segera mencegah dan memberantas jenayah pemerdagangan manusia.

Malaysia hargai kepercayaan Arab Saudi teruskan program "Mecca Route" - Zambry
Malaysia amat menghargai kepercayaan yang diberikan Kerajaan Arab Saudi untuk meneruskan program "Mecca Route" yang dimulakan secara rintis pada 2017.

Agong, Putera Albert II berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan F1
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad.
![[KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit [KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51559091424_MohdYusof.jpg)
[KOLUMNIS] MTEN perlu bincang kekusutan ringgit
MTEN adalah majlis penasihat ekonomi tertinggi kepada Kerajaan yang meneraju perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ekonomi negara secara menyeluruh.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini
Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6040/6080 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada paras 4.6030/6060.

Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Isnin di tengah-tengah kebuntuan mengenai siling hutang AS.

Penyusutan ringgit: Kerajaan belum cadang semak semula unjuran pertumbuhan ekonomi - Rafizi
Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

Kejatuhan nilai ringgit dipengaruhi faktor luar - BNM
Prestasi ringgit perlu dinilai berdasarkan bukan sahaja hubungannya dengan dolar AS tetapi juga dengan mata wang rakan dagangan utama.

Ringgit melantun semula ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.5970/6035 berbanding dolar AS meningkat daripada paras penutup 4.6245/6285 pada Khamis.

MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.

Ringgit dibuka rendah, kemelut hutang AS beri kesan terhadap permintaan
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, cecah paras 4.6
Pada 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.6090/6130 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.5920/5950.

Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS apabila nilai dolar AS kekal kukuh, didorong oleh lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS di tengah-tengah ketidaktentuan yang menyelubungi perbincangan siling