awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus mengukuh, dibuka pada 4.11 berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
04/12/2025
01:50 MYT
Ringgit terus mengukuh, dibuka pada 4.11 berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1100/1200 yang meningkat daripada 4.1200/1235 pada akhir urus niaga semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada 4.1100/1200 yang meningkat daripada 4.1200/1235 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.48 peratus kepada 98.880 mata apabila jangkaan terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu depan semakin ketara.
"Perubahan terkini Pekerjaan ADP yang mengukur penciptaan pekerjaan bagi sektor swasta, susut sebanyak 32,000 pada November yang membuktikan pasaran tenaga kerja di AS lemah dan memerlukan campur tangan aktif oleh Fed menerusi langkah rangsangan monetari," katanya kepada Bernama.
Pada Rabu, ringgit melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh 14 bulan berbanding dolar AS apabila mencecah 4.1200 pada penutupan ketika jangkaan berterusan terhadap kemungkinan Fed menurunkan kadar faedah terus memberi tekanan terhadap mata wang negara maju itu.
Bagi asas tahun ke tahun, nilai ringgit telah meningkat sebanyak 8.5 peratus.
"Pada hari ini misalnya, ringgit dijangka kekal dalam wilayah positif dan bergerak dalam julat 4.11 hingga 4.13," katanya.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain pada sesi awal.
Ringgit susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.6499/6565 daripada 2.6476/6501 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4852/4986 daripada 5.4697/4744 namun meningkat berbanding euro kepada 4.7947/8064 daripada 4.7982/80.
Namun, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1767/1847 daripada 3.1810/1839 pada penutupan Rabu, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.1/247.9 daripada 247.7/248.1, naik berbanding peso Filipina pada 6.97/7.00 daripada 6.99/7.00 dan meningkat berbanding baht Thai kepada 12.8780/9190 daripada 12.9024/9186, sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan