KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu urus niaga dibuka hari ini susulan minat belian bagi dolar AS yang terus meningkat.
Penganalisis berkata pengukuhan dolar AS itu dipacu oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih baik serta spekulasi bahawa Rizab Persekutuan AS akan bertindak mengetatkan pertumbuhan kadar faedah lebih cepat daripada jangkaan awal.
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.4245/4290 berbanding dolar AS yang berada di paras 4.4020/4060 sewaktu urus niaga berakhir semalam.
Menurut laporan, IHPR AS yang mengukur harga dikenakan oleh pembekal ke atas perniagaan, telah meningkat sebanyak enam peratus tahun ke tahun pada Januari 2023.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pengumuman data IHPR semalam hanya mengesahkan lagi kemungkinan kenaikan kadar faedah bagi tempoh lebih lama.
"Susulan itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS juga kian meningkat, sekali gus menambah tekanan terhadap aset yang melibatkan tempoh panjang. Perkembangan antara inflasi yang tinggi serta kebimbangan mengenai kemungkinan lebih banyak kenaikan kadar faedah, menyebabkan saham-saham AS terus diasak tekanan.
"Biarpun keadaan ini menjadi dorongan positif untuk dolar AS dengan peningkatan hasil dan saham yang rendah, haluan di masa depan juga bergantung kepada reaksi Fed terhadap perkembangan itu.
"Jika kemelesetan mulai ketara, saya menjangkakan dolar AS akan terjejas dan pada masa ini adalah sukar untuk menangani keadaan sedemikian," katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan, Kementerian Kewangan berkata susulan spekulasi, ringgit telah mengekang aliran penurunan dan meningkat sebanyak 10 peratus bagi tempoh 1 Nov, 2022-8 Feb 2023 untuk mencecah RM4.2983 berbanding dolar AS.
Berikutan sentimen risiko pelabur global yang kian baik, ringgit juga mengukuh berbanding mata wang rakan dagang utama Malaysia sebagaimana dipaparkan oleh kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit yang meningkat sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh yang sama, kata kementerian itu dalam kenyataan semalam.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali pound Britain yang menokok kepada 5.2921/2975 daripada 5.3075/3123 pada akhir urus niaga semalam.
Unit tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.2962/2998 daripada 3.2883/2915, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3070/3109 daripada 3.2989/3024 serta turun berbanding euro kepada 4.7165/7213 daripada 4.7101/7144.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.4245/4290 berbanding dolar AS yang berada di paras 4.4020/4060 sewaktu urus niaga berakhir semalam. -Gambar hiasan/Reuters
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.