KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini menongkah arus berbanding aliran serantau, meskipun prestasi lemah dolar AS.
Mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan penurunan menjelang pengumuman data pertumbuhan ekonomi suku pertama ekonomi terbesar dunia itu pada lewat malam ini, di tengah-tengah kebimbangan isu lain di negara itu seperti risko penularan kegagalan perbankan, kelembapan ekonomi dan kebuntuan berhubung had siling hutang, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, ringgit meneruskan aliran menurunnya turun kepada 4.4605/4660 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4565/4585 pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata prestasi ringgit agak tidak menentu berbanding dolar AS hari ini, bergerak dalam jajaran RM4.4545 hingga RM4.4633.
Beliau berkata pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2023 AS pada malam ini akan dipantau rapat ketika peserta pasaran mencari petunjuk berkaitan momentum pertumbuhan yang perlahan dan bank pusat melakukan persediaan berdepan risiko pertumbuhan negatif.
"Pengelakan risiko mula berlaku dan ia akan menjadikan mata wang pasaran negara sedang pesat membangun menyusut berbanding dolar AS. Sekiranya KDNK suku pertama 2023 AS berada jauh di bawah unjuran pasaran pada 1.9 peratus, ia mungkin meningkatkan permintaan terhadap dolar AS dan akan menyebab ringgit menjadi lemah dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada Bernama.
Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pasaran masih kurang keyakinan terhadap ringgit, namun, jualan bagi minggu ini perlahan pada hari ini apabila pasaran eksport domestik menjangka ringgit berada di paras kemuncak penurunannya dan menjual dolar AS.
"Kami berpandangan tiga faktor yang menyebabkan penurunan ringgit adalah kebimbangan terhadap kemampanan pemulihan China, kemerosotan sentimen risiko global disebabkan kebimbangan kemelesetan dan kebimbangan terhadap persengketaan teknologi antara AS dan China.
"Ia menyebabkan kebimbangan di banyak pasaran manakala harga minyak terus menyusut yang memberi kesan negatif kepada ringgit semalaman," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali euro.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3337/3381 daripada 3.3397/3415 pada Rabu, naik berbanding pound Britain kepada 5.5506/5575 daripada 5.5573/5597 dan susut berbanding euro kepada 4.9235/9296 daripada 4.9209/9231.
Bagaimanapun ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Unit tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.2/303.7 daripada 300.3/300.6 pada Rabu dan turun berbanding baht Thai kepada 13.0626/0841 daripada 13.0261/0365.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.00/8.02 daripada 8.01/8.02 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3379/3423 daripada 3.3387/3405.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Pada 6 petang, ringgit meneruskan aliran menurunnya turun kepada 4.4605/4660 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4565/4585 pada Rabu. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Rusia komited kepada ASEAN, tawarkan kepakaran dalam keterjaminan makanan
Rusia mengulangi komitmennya untuk memupuk hubungan yang berpanjangan dengan ASEAN, menjadikannya satu keutamaan utama dalam Konsep Dasar Luar Negaranya.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.