awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Okt

Bernama
Bernama
22/10/2022
03:15 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Okt
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Oktober, 2022.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing (AS$92.6 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas ((AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3 bilion).
Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM484.62 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM46.57 bilion).
Bank pusat itu berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM151.79 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.63 bilion), deposit institusi kewangan ((RM168.61 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.16 bilion), deposit lain (RM34.49 bilion), kertas Bank Negara (RM10.02 bilion), peruntukan SDR (RM28.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.84 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
#rizab mata wang asing
#Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan