awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025

Bernama
Bernama
22/01/2025
09:02 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.5 bilion pada 15 Januari 2025
Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Malaysia berjumlah AS$115.5 bilion setakat 15 Januari 2025, berbanding AS$116.2 bilion pada 31 Disember 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (AS$103.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Dunia (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion), kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Jumlah aset sebanyak RM618.95 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM516.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.85 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.43 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) serta aset-aset lain (RM58.22 bilion).
Bank pusat itu berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM618.95 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.24 bilion), deposit institusi kewangan (RM118.54 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.32 bilion), deposit lain-lain (RM80.26 bilion), kertas Bank Negara (RM12.46 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.10 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#import barangan
#hutang luar negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan