awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.2 bilion pada akhir 2024

Bernama
Bernama
08/01/2025
09:43 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$116.2 bilion pada akhir 2024
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia meningkat tahun ke tahun kepada AS$116.2 bilion (AS$1=RM4.48) pada 31 Dis 2024 daripada AS$113.5 bilion pada 29 Dis 2023, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa bank pusat berjumlah AS$118.1 bilion pada 13 Dis 2024.
Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, menurut BNM dalam kenyataan hari ini.
Katanya paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab tersebut merangkumi rizab mata wang asing (AS$103.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM621.56 bilion terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM520.16 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 billion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) dan aset lain (RM57.69 bilion).
Menurut bank pusat, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM621.56 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM170.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM131.92 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit lain (RM79.87 bilion), kertas Bank Negara (RM12.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM3.08 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#BNM
#perubahan suku tahunan
#tukaran asing
#import barangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan