awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.5 bilion pada 28 Mac 2025

Bernama
Bernama
08/04/2025
10:00 MYT
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.5 bilion pada 28 Mac 2025
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar negeri jangka pendek. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (US$104.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (US$5.8 bilion), emas (US$3.8 bilion) dan aset rizab lain (US$2.2 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM631.66 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM520.76 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM23.82 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.0 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM66.58 bilion).
BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM631.65 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM178.58 bilion), deposit institusi kewangan (RM138.86 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM4.24 bilion), lain-lain deposit (RM78.75 bilion) kertas Bank Negara (RM10.55 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.38 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.98 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan