awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 September

Bernama
Bernama
23/09/2025
13:45 MYT
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 September
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.
Dalam kenyataan pada Selasa, bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (US$109.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (US$4.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM628.30 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing, dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM519.33 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.68 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion) serta aset-aset lain (RM59.61 billion).
Menurut BNM modal dan liabiliti berjumlah RM628.38 bilion, meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM200.69 bilion), mata wang dalam edaran (RM173.70 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM108.42 bilion) , deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM30.46 bilion), deposit lain-lain (RM75.23 bilion), Kertas Bank Negara (RM8.4 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.57 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab antarabangsa
#mata wang asing
#Tabung Kewangan Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan