awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta
Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022

Bernama
Bernama
05/08/2022
08:08 MYT
Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022
Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022 daripada AS$107 bilion dicatatkan pada 15 Julai, 2022.
"Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek," kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.
BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$97.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).
Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM480.77 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.61 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM29 bilion).
Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM168.57 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.55 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.52 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM10.88 bilion), deposit lain (RM11.98 bilion), kertas Bank Negara (RM6.92 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.48 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#import
#tukaran asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan